Dari Nasihat hingga Penyelesaian – Undang-Undang di Tangan Anda
Kami komited memberikan penyelesaian undang-undang yang tepat, adil, dan berkesan, demi melindungi hak serta kepentingan anda.
Profil Peguam Syafiq Aizat & Co.
Ahmad Syafiq Aizat Bin Nazri
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (LLBS) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berpengalaman Luas
Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya serta Majistret Jenayah dan Sivil.
strategi guaman berkesan
Merancang strategi guaman yang berkesan untuk melindungi hak anak guam.
Liputan Pengalaman Kes
Menjalankan peranan dalam prosiding undang-undang dengan komitmen terhadap integriti dan pemahaman undang-undang yang menyeluruh.
Warga Indonesia didakwa bunuh buruh
Berita diterbitkan oleh:
Bernama – MalaysiaKini
Menjalankan peranan dalam kapasiti sebagai:
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Syafiq Aizat Nazri
Dadah: Reman isteri doktor, 2 anak dilanjutkan
Berita diterbitkan oleh:
Harian Metro
Menjalankan peranan dalam kapasiti sebagai:
Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri
Enam termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Berita diterbitkan oleh:
Sinar Harian
Menjalankan peranan dalam kapasiti sebagai:
Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri
120+
Cases Solved
130+
Happy Clients
3
Regional Offices
45+
Legal Associates
Kepakaran kami
Kami berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkait undang-undang jenayah dan sivil , secara ringkas, merangkumi perkara-perkara berikut:
Kes Jenayah
Litigasi Jenayah
Kami membantu anda dalam semua jenis kes jenayah, memastikan hak anda sentiasa dilindungi di mahkamah.
Kesalahan Jenayah Berat
Pembelaan untuk kes berat seperti dadah, rompakan, atau kesalahan serius lain dengan strategi guaman yang berkesan.
Penahanan Pencegahan (Habeas Corpus)
Bantuan segera jika anda atau ahli keluarga ditahan tanpa sebab yang sah.
Rampasan & Sitaan Barang
Kami bantu tuntut semula barang atau harta yang disita secara tidak wajar oleh pihak berkuasa.
Pelucuthakan Harta
Bimbingan guaman untuk lindungi aset anda daripada dirampas di bawah undang-undang pelucuthakan.
Anti Pemerdagangan Manusia
Perlindungan guaman bagi kes berkaitan pemerdagangan manusia — sama ada mangsa atau individu dituduh.
Kesalahan Imigresen
Khidmat guaman untuk kes permit, visa, atau penahanan oleh imigresen.
Maritim
Kami uruskan kes berkaitan undang-undang laut seperti pelanggaran perairan atau penyeludupan.
SPRM
Nasihat dan pembelaan untuk kes siasatan atau pendakwaan oleh SPRM.
Kes Sivil
Saman Sivil
Kami bantu anda memfailkan atau mempertahankan saman sivil melibatkan individu, syarikat atau organisasi.
Tuntutan Gantirugi
Bantuan guaman untuk menuntut pampasan atas kerugian, kecuaian atau tindakan tidak adil pihak lain.
Perjanjian & Pelanggaran Kontrak
Kami uruskan pertikaian kontrak — sama ada perjanjian tidak dipatuhi atau hak anda dilanggar.
Kemalangan Jalan Raya
Bimbingan untuk menuntut pampasan akibat kemalangan melibatkan kecederaan atau kerosakan kenderaan.
Pelaksanaan Perintah
Kami bantu laksanakan keputusan atau perintah mahkamah yang memihak kepada anda.
Pusaka
Khidmat pengurusan dan tuntutan harta pusaka bagi memastikan pembahagian yang sah dan adil.
Pertikaian Tanah
Bantuan guaman dalam isu pemilikan, sempadan, atau tuntutan ke atas tanah.
Bagaimana Kami Bekerja
Daripada perbualan pertama hingga keputusan akhir, kami pastikan anda faham setiap langkah yang diambil. Jelas dan berkesan.

Konsultasi Awal & Penilaian Kes
Kami mendengar fakta daripada anda dengan teliti, meneliti dokumen dan bukti yang ada, serta memahami situasi sebenar bagi mengenal pasti isu undang-undang yang terlibat.

Analisis Undang-Undang & Strategi Pembelaan
Kami menjalankan analisis menyeluruh berdasarkan undang-undang, menilai kekuatan dan kelemahan kes, dan merangka strategi pembelaan atau tindakan yang paling sesuai bagi memastikan hak dan kepentingan anda terpelihara

Pelaksanaan & Perwakilan di Mahkamah
Kami mengendalikan semua prosiding, sama ada di peringkat siasatan, pendakwaan atau rayuan bagi kes jenayah dan juga sejak persediaan kertas kausa sehinggalah ke peringkat penyelesaian kes bagi kes sivil sambil memastikan anda sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan kes dan pilihan yang tersedia.
Lokasi Kami
Datang terus ke pejabat kami untuk sesi perbincangan atau temujanji bersama peguam kami.
Kota Bharu, Kelantan
Annex Office, Lot 320 Seksyen 20 Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu Kelantan
What Our Clients Say
John Doe
Jessica Smith