Kenali peguam yang akan membantu anda
Di sebalik setiap kes yang berjaya, ada peguam yang berdedikasi. Kenali individu di sebalik firma kami yang bersedia mempertahankan hak anda.
Syafiq Aizat & Co
Ahmad Syafiq Aizat Bin Nazri
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (LLBS) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya serta Majistret Jenayah dan Sivil, pengalaman yang telah memperkukuh kepakaran beliau dalam mengendalikan pelbagai kes dan prosiding undang-undang, khususnya dalam bidang undang-undang jenayah dan tuntutan sivil.
Pengalaman berharga dalam bidang pendakwaan dan juga kehakiman membolehkan beliau merancang strategi guaman yang berkesan untuk melindungi hak anak guam. Beliau memahami tekanan dan kebimbangan yang dihadapi anak guam yang dituduh di Mahkamah serta masalah perundangan yang dihadapi anakguam, sekaligus memberikan pembelaan dan tindakan undang-undang yang paling sesuai untuk situasi yang dihadapi.
Beliau menyediakan pelbagai perkhidmatan, daripada khidmat nasihat, perundingan penyelesaian luar mahkamah sehinggalah kepada kehadiran di semua peringkat mahkamah di Semenanjung Malaysia.
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (LLBS) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pengalaman
pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya serta Majistret Jenayah dan Sivil.
Perkhidmatan
khidmat nasihat, perundingan penyelesaian luar mahkamah, Kehadiran semua peringkat mahkamah di Semenanjung Malaysia.
Lokasi Kami
Datang terus ke pejabat kami untuk sesi perbincangan atau temujanji bersama peguam kami.
Kota Bharu, Kelantan
Annex Office, Lot 320 Seksyen 20 Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu Kelantan